Polis tahan lima budak basikal lajak di Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Polis tahan lima budak basikal lajak di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Keseronokan sekumpulan lima budak lelaki menunggang basikal lajak secara berbahaya tidak berpanjangan apabila kesemuanya ditahan polis sebelum dibebaskan kelmarin.

Kesemua budak ber­usia antara 10 hingga 12 tahun tersebut diberkas pada pukul 5.45 petang ketika membuat aksi berbahaya sewaktu melalui Jalan Elong, Bukit Mertajam di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, sepasukan polis trafik bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat panggilan daripada orang ramai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik Bukit Mertajam bersama basikal masing-masing untuk diambil keterangan dan urusan dokumentasi selain diberikan nasihat supaya tidak melakukan perbuatan yang sama.

“Kesemua waris mereka dipanggil datang ke balai polis sebelum ke­semuanya dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Basikal lajak itu juga turut diserahkan semula kepada mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini