Polis tahan anggota Pekida disyaki ugut tembak Dr. Mahathir - Utusan Malaysia

Polis tahan anggota Pekida disyaki ugut tembak Dr. Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang anggota Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) kerana disyaki membuat ugutan jenayah mahu berperang dan menembak Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Lelaki berumur 38 tahun itu ditahan di Jalan Beverly Heights, Ampang di sini kira-kira pukul 4.40 pagi Sabtu lalu dan direman sehingga 6 Jun ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, lelaki itu ditahan susulan aduan yang dibuat  setiausaha Pekida Selangor pada 31 Mei lalu mengenai satu artikel di media sosial berkaitan ugutan itu.

“Bagaimanapun, suspek mendakwa akaun Facebooknya telah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Fuzi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN