KUALA TERENGGANU 12 Jun – Polis merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM10,000 dalam beberapa operasi di kawasan tumpuan ramai di sekitar daerah ini sejak awal bulan ini. Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, sehingga semalam pihaknya turut menahan 13 lelaki dan tiga wanita berusia antara 20 hingga 50 tahun bagi siasatan lanjut. “Dalam tempoh 11 hari, 19 kes telah direkodkan dengan kesemua suspek ditahan ketika…










