SEBERANG PERAI – Polis daerah Seberang Perai Utara (SPU) merampas sejumlah dadah sintetik bernilai RM15,135 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Raja Uda, Butterworth di sini semalam. Dalam operasi kira-kira pukul 6 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah SPU itu, pihak polis turut menahan seorang lelaki berusia 21 tahun bagi membantu siasatan. Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor dalam satu kenyataan…