Polis Pulau Pinang tumpas sindiket dadah sintetik  - Utusan Malaysia

Polis Pulau Pinang tumpas sindiket dadah sintetik 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan satu sindiket memproses dan mengedar dadah sintetik sekali gus menahan lima suspek termasuk seorang wanita di tiga serbuan berasingan di negeri ini Khamis lalu.

Suspek tempatan berusia antara 36 hingga 47 tahun itu diberkas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan Balai Polis Air Itam dalam operasi yang dijalankan selama empat hari mulai 10 Jun lalu.

Ketua Polis Negeri, Datuk A. Thaiveegan berkata, penahanan ke atas kesemua suspek  dijalankan tiga lokasi berasingan iaitu di Air Itam, Jelutong dan Seberang Perai.

“Dalam ketiga-tiga serbuan itu, kita berjaya menahan lima suspek bersama sejumlah dadah sintetik bernilai RM249,500 yang dipercayai diproses dan diedarkan sindiket terbabit di negeri ini,” katanya dalam satu sidang akhbar di IPK di sini sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN