JAKARTA 28 Jun – Polis antikeganasan Indonesia merancang untuk menahan lebih 100 suspek militan bagi menyekat sebarang serangan balas selepas ketua Jamaah Ansharut Daulah (JAD), Aman Abdurrahman dihukum mati pada 22 Jun lalu.
Aman disabitkan kesalahan bulan lalu kerana merancang empat serangan keganasan di Jakarta dan beberapa tempat lain di Indonesia.
Dia dipenjarakan sejak 2009 tetapi dituduh merancang serangan dari dalam penjara.
Polis kini dalam keadaan berjaga-jaga sekiranya berlaku serangan balas daripada anggota militan kumpulan diketuai oleh Aman.
“Harga yang terpaksa kami bayar ialah kemungkinan rangkaian militan diketuai Aman akan melancarkan serangan.
“Tetapi berita baiknya, kami sudah mengenalpasti kebanyakan rangkaian tersebut. Lebih daripada 100 militan akan ditahan dan kami perlu bergerak sebelum mereka bertindak balas,” kata Jeneral Tito Karnavian dalam temubual bersama Reuters di ibu pejabat polis negara. – REUTERS











