PADAWAN – Seorang lelaki ditahan polis selepas didapati terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di sebuah rumah di Jalan Penrissen-Stakan di sini petang tadi. Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, suspek berusia 43 tahun dan bekerja sendiri itu ditahan pukul 2.30 petang tadi. Menurutnya, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan melakukan ke atas pemeriksaan rumah itu dan menemui pelbagai barang terlarang yang disembunyikan di sebalik timbunan…










