Pokok tumbang hempap rumah di Marang - Utusan Malaysia

Pokok tumbang hempap rumah di Marang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG – Hujan berserta angin kencang yang melanda negeri ini lebih setengah jam semalam menyebabkan sebuah rumah di Kampung Kubu rosak teruk akibat dihempap sebatang pokok.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Marang, Mohd. Zabri Abd. Razak berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 8.08 pagi tadi sebelum tiga anggota dikerahkan ke lokasi kejadian bagi melakukan khidmat tugas khas memotong pokok tumbang. 

“Setibanya di tempat kejadian, anggota melakukan pemeriksaan bagi memastikan tiada mangsa di dalam rumah tersebut.

“Rumah yang dibina daripada struktur kayu itu mengalami kerosakan teruk pada bahagian bumbung dan ruang tamu namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Zabri, pihaknya mengambil masa hampir satu jam bagi memotong dan membersihkan sisa-sisa pokok yang tumbang menggunakan mesin gergaji dan kapak. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN