Pokok hempap kereta, pemandu selamat - Utusan Malaysia

Pokok hempap kereta, pemandu selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Jun – Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas sebatang pokok tumbang dan menghempap keretanya di Jalan Manja 3, Bandar Manjalara, di sini petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.40 petang dan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pihak bomba di sana, kita mendapati sebatang pokok telah menghempap sebuah kereta jenis Hyundai dan terdapat seorang pemandu lelaki di dalamnya.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat tanpa sebarang kecederaan. Kerja-kerja pengalihan pokok tersebut telah dilakukan dan operasi tamat pada pukul 6 petang tadi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambahnya, kejadian dipercayai berlaku ketika hujan lebat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN