PM Mahathir tiba untuk lawatan rasmi dua hari ke Indonesia - Utusan Malaysia

PM Mahathir tiba untuk lawatan rasmi dua hari ke Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba di sini hari ini untuk lawatan rasmi dua hari ke Indonesia, kunjungan pertama ke negara Asia Tenggara selepas menjadi Perdana Menteri ketujuh pada 10 Mei lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pesawat yang membawa Dr. Mahathir dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma di sini pada pukul 6.05 petang waktu tempatan (7.05 malam waktu Malaysia).

Ketibaan Dr. Mahathir dan isteri disambut oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Turut hadir ialah Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi; Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik, Perundangan dan Keselamatan, Wiranto, Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto; Ketua Polis Indonesia, Tito Karnavian dan Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Zamshari Shaharan.

Dalam rangka lawatan itu, Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Joko Widodo atau Jokowi di Istana Presiden di Bogor pagi esok dan disusuli jamuan tengah hari yang dihoskan oleh Jokowi. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini