PM jamin kerajaan Persekutuan berlaku adil kepada semua negeri  - Utusan Malaysia

PM jamin kerajaan Persekutuan berlaku adil kepada semua negeri 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi jaminan bahawa kerajaan Persekutuan akan berlaku adil kepada semua negeri terutama negeri yang miskin. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, jaminan Perdana Menteri itu turut menyebut sesetengah negeri yang kaya boleh menampung perbelanjaan sendiri berbanding negeri miskin yang sepatutnya mendapat lebih banyak peruntukan.

“Kalau negeri miskin walaupun ada yang kaya macam Terengganu, kerajaan Persekutuan akan kembalikan balik wang ihsan kepada kerajaan negeri yang memegang negeri itu.

“Walaupun tidak bersama dengan kerajaan Persekutuan tetapi kita akan menyalurkan bantuan tetapi kerajaan negeri mestilah memberikan kepada rakyat tanpa mengira parti politik,” katannya. 

Beliau berkata demikian selepas ditemui pemberita selepas Mesyuarat Majlis Kewangan Negara di Kementerian Kewangan di sini hari ini. 

Hadir sama pada mesyuarat tersebut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng termasuk Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN