PLUS, LPT2 lanjut tempoh diskaun tol - Utusan Malaysia

PLUS, LPT2 lanjut tempoh diskaun tol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Jun – Tempoh tawaran diskaun tol sebanyak 50 peratus di semua rangkaian lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) termasuk Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dilanjutkan sehingga pukul 4 pagi esok.

PLUS menerusi kenyataan berkata, lanjutan tawaran tersebut dilakukan bagi memastikan para pengguna dapat pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan selamat.

Katanya, lanjutan tempoh penawaran diskaun tol 50 peratus tersebut merangkumi semua transaksi tol kecuali kenderaan kelas dua dan tiga namun tidak melibatkan Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Tanjung Kupang dan Bangunan Sultan Iskandar di Tambak Johor, Johor.

“PLUS menghargai sokongan berterusan pengguna terhadap perkhidmatan rangkaian lebuh raya kami dan ingin menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri mereka.

“PLUS juga menasihatkan orang ramai memandu agar secara berhemah dan sentiasa mematuhi had laju yang ditetapkan serta mengikut arahan pihak berkuasa,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN