PKNP FC dihukum di laman sendiri, kalah 1-2 kepada Pahang - Utusan Malaysia

PKNP FC dihukum di laman sendiri, kalah 1-2 kepada Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Kelab Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) gagal memanfaatkan peluang bermain pertama kali di Stadium Perak di sini sebagai tuan rumah apabila tewas 1-2 kepada Pahang dalam perlawanan Liga Super sebentar tadi.

PKNP FC terlebih dahulu mengejutkan pasukan pelawat apabila pemain pertahanannya, Ritus Krjauklis berjaya menolak masuk bola ke gawang Pahang menewaskan penjaga gol, Mohd. Helmi Eliza Elias. 

Jaringan tersebut diperoleh anak buah Abu Bakar Fadzim selepas keadaan kelam-kabut di dalam kotak penalti Pahang pada minit kedua. 

Pahang memperkemaskan permainan dengan memperbanyakkan asakan ke kubu pasukan tuan rumah dan hampir berjaya mendapatkan jaringan penyamaan apabila penyerangnya, Amamchi Augustine Iwuji menanduk bola ke gawang PKNP FC selepas mendapat hantaran daripada R. Dinesh.

Bagaimanapun, tandukan Iwuji itu dinafikan tiang gol walaupun penjaga gol PKNP FC, Ahmad Asyraaf Omar hanya mampu melihat bola tersebut. 

Jaringan PKNP FC tersebut kekal sehingga tamat permainan separuh masa pertama perlawanan. 

Bersambung babak kedua, pemain Pahang di bawah kendalian Dollah Salleh terus mengasak pasukan tuan rumah bagi mendapatkan jaringan penyamaan. 

Usaha Tok Gajah akhirnya berhasil apabila pemain gantian Pahang, Mohamadou Sumareh menanduk masuk bola hantaran Muhamad Nor Azam Abdul Azih berpunca daripada pasukan percuma pada minit ke-74. 

Asakan demi asakan yang dilakukan Pahang selepas mendapat jaringan pertama mereka berjaya menghasilkan gol kedua pada minit-minit terakhir perlawanan iaitu minit ke-90 apabila Mohd. Faizal Abdul Halim merembat masuk bola ke gawang PKNP FC dalam kotak penalti. 

Perlawanan di hadapan lebih 600 penyokong itu berkesudahan PKNP FC kalah 1-2 kepada Pahang. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN