Petugas masjid terima bonus - Utusan Malaysia

Petugas masjid terima bonus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan bayaran khas Aidilfitri sebanyak RM400 kepada petugas masjid termasuk kariah, guru takmir dan guru Kelas Asas Fardu Ain (KAFA).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu ke­nyataan berkata, bayaran khas itu membabitkan seramai 66,258 penerima dari seluruh negara yang terdiri daripada 12,500 imam, bilal (8,650), guru takmir (3,950), siak (8,394) dan ba­kinya guru KAFA.

“Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar kecil) telah mengarahkan agar petugas masjid juga diberi bayaran khas Aidilfitri seperti penjawat awam lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehubungan itu, Kementerian Kewangan dengan berbesar hati mengumumkan bayaran khas ini,” ujarnya dalam kenyataan tersebut.

Pembayaran ini melibatkan peruntukan sebanyak RM26.5 juta yang telah disalurkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Pemberian akan dimasukkan terus ke dalam akaun individu yang berkenaan.

Semua penerima akan menerima bayaran ini menerusi akaun masing-masing.

Perdana Menteri sebelum ini mengumumkan pemberian bantuan khas sempena Hari Raya Aidilfitri seba­nyak RM400 kepada kakitangan kerajaan Gred 41 ke bawah dan RM200 untuk pesara kerajaan.

Penjawat awam Gred 41 ke bawah terdiri daripada kakitangan kumpulan sokongan seperti kerani, pembantu tadbir, penolong pegawai, pembantu am dan pemandu.

Turut diumumkan ialah pemberian RM400 kepada penerima Bantuan Sara Hidup yang dahulunya dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini