Pesawat mendarat cemas gara-gara bau badan penumpang busuk - Utusan Malaysia

Pesawat mendarat cemas gara-gara bau badan penumpang busuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALGARVE, Portugal – Sebuah pesawat penerbangan komersial terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas sejumlah penumpang pengsan dan muntah gara-gara terhidu bau badan seorang penumpang lain.

Menurut laporan, kru kabin cuba mengurangkan kesan bau badan lelaki itu dengan mengurungnya di dalam tandas pesawat tetapi gagal menyelesaikan masalah.

Pesawat Transavia Boeing 737 yang berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol di Belanda ke Gran Canaria, Sepanyol itu kemudian membuat keputusan mendarat di Faro di sini.

Sebaik mendarat, lelaki berkenaan diiringi keluar dari kapal terbang oleh sejumlah pegawai perubatan sebelum menaiki sebuah bas.

Seorang penumpang warga Belgium, Piet van Haut menyatakan bau lelaki berkenaan seolah-olah dia tidak mandi selama beberapa minggu sehingga menyebabkan beberapa penumpang lain muntah.

Syarikat Transavia mengesahkan lencongan pesawat miliknya dan menyatakan dilakukan atas sebab ‘perubatan’. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN