Peruntukan wajar adil kepada kerajaan negeri - Utusan Malaysia

Peruntukan wajar adil kepada kerajaan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 7 Jun – Polisi Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan dari segi peruntukan kepada kerajaan-kerajaan negeri adalah berteraskan keadilan dengan mengambil kira perbezaan kemampuan kewangan setiap negeri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, pendirian berkenaan telah dinyatakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara di sini hari ini.

“Tun Dr. Mahathir Mohamad mengatakan dia mesti adil kepada mana-mana (negeri) sama-sama per kapita.

“Ini kerana sesetengah negeri yang kaya boleh menampung, berbanding negeri-negeri yang miskin, sepatutnya mendapat lebih lagi peruntukan,” katanya kepada pemberita selepas mengikuti Mesyuarat Majlis Kewangan Negara Tahun 2018 di Kementerian Kewangan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN