KUALA LUMPUR 9 Jun – Institusi raja-raja Melayu di negara ini perlu dipertahankan dan tidak boleh diganggu-gugat oleh mana-mana pihak berikutan institusi berkenaan sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Pakar sejarah, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, institusi diraja juga tidak boleh dicabar dan disentuh oleh mana-mana pihak seperti mana yang tertera dalam Perkara 181-183 di dalam Perlembagaan tersebut. Malah katanya yang juga Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja, Kepimpinan dan Komuniti,…