SEDEKAH. Persatuan Islam Jabatan Perubatan, Kesihatan dan Pergigian Taiping (Persis) mengagihkan juadah bersahur kepada petugas-petugas di Hospital Taiping, Perak baru-baru ini. Sebanyak 245 bungkusan makanan diedarkan seawal pukul 3.30 pagi. Setiausaha Agung Persis, Marina Sha’arani berkata, tujuan utama aktiviti kebajikan itu dilakukan adalah untuk menghargai pengorbanan petugas-petugas perubatan di hospital berkenaan.










