Persahabatan luar biasa singa dan penjaga - Utusan Malaysia

Persahabatan luar biasa singa dan penjaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FREE STATE, Afrika Selatan – Satu rakaman video menunjukkan aksi luar biasa seorang lelaki yang kelihatan mesra dengan seekor singa di sebuah pusat pemuliharaan di sini baru-baru ini.

Klip video yang dirakam di Pusat Pemuliharaan Glen Garriff, Harrismith dekat sini memaparkan gelagat Smokey, seekor singa jantan berusia 10 tahun menggeselkan badannya ke arah Mike Thulani sebelum mengaum mesra tanda senang hati.

“Thulani ialah seorang lelaki Zulu yang mempunyai anugerah luar biasa dengan semua singa kami, terutama Smokey.

“Thulani mengenali Smokey haiwan itu sejak ia dilahirkan dan sentiasa menjadi penjaga utamanya. Mereka mempunyai hubungan antara haiwan dan manusia yang sangat mengagumkan menyebabkan Smokey sering mencari Thulani untuk mencakar dan berinteraksi,” kata Pengarah GG Lions NPC, Suzanne Scott, yang berasal dari Leeds, Britain.

Pusat Pemuliharaan Glen Garriff komited dalam usaha mengekalkan kelestarian populasi singa di Afrika Selatan dan untuk meningkatkan kajian, pembelajaran serta memahami spesies itu dengan lebih mendalam.

Singa pertama yang dipelihara di pusat itu pada 2002 iaitu hampir 100 tahun selepas dua ekor singa liar terakhir dibunuh di Platberg pada tahun 1902. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN