Permohonan Petronas ditolak - Utusan Malaysia

Permohonan Petronas ditolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap kerajaan Sarawak berhubung hak syarikat minyak negara itu untuk mengawal selia aktiviti huluan minyak dan gas di negeri itu.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop memutuskan relif perisytiharan yang dimohon Petronas tidak termaktub di bawah Perkara 4(4) dan Perkara 4(3) Perlembagaan Persekutuan.

Ahmad berkata, relif per­isytiharan itu tidak terletak dalam bidang kuasa eksklusif Mahkamah Persekutuan sebaliknya di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau menolak permohonan Petronas bagi kebenaran untuk memulakan prosiding terhadap kerajaan Sarawak dan meme­rintahkan syarikat minyak negara itu membayar RM50,000 sebagai kos kepada kerajaan Sarawak.

Sementara itu, Petronas menarik balik permohonannya bagi perintah penangguhan terhadap langkah kerajaan Sarawak untuk mula mengawal selia aktiviti huluan di negeri itu mengikut Ordinan Perlombongan Minyak Sarawak 1958 (OMO) bermula 1 Julai tahun ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini