KUALA LUMPUR 7 Jun – Sempena ketibaan Syawal kali ini, orang ramai boleh mengunjungi pameran ikon permainan tradisional gergasi interaktif di pusat beli-belah IPC bermula sekarang hingga 24 Jun ini. Menurut Pengurus Pemasaran pusat beli-belah IPC, Eleanor Lo, sebahagian daripada pusat membeli-belah itu berubah wajah menjadi sebuah taman permainan tradisional klasik menempatkan permainan congkak, chapteh dan batu seremban gergasi untuk memberi keseronokan kepada pengunjung. “Kami ingin memberikan pengalaman perayaan Aidilfitri…










