Perkeso Perak semak sama ada pemandu Grab dibunuh ada caruman - Utusan Malaysia

Perkeso Perak semak sama ada pemandu Grab dibunuh ada caruman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Perak sedang menyemak dengan sebuah syarikat di sini yang dikatakan pernah menggaji pemandu Grab, Aiman Nosri sama ada mangsa bunuh itu mempunyai caruman skim perlindungan Perkeso.

Pengarahnya, Norhanita Mohamad berkata, beliau dimaklumkan bahawa mangsa pernah bekerja dengan syarikat terbabit pada 2009.

“Kami sedang membuat semakan dengan majikan tersebut sama ada pihaknya ada membuat caruman Perkeso ke atas mangsa atau tidak, ia memerlukan sedikit masa,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Perkeso Ipoh di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Aiman, 27, ditemukan mati dipercayai dibunuh dengan kesan jerutan pada leher dalam kereta jenis Perodua Myvi miliknya di parkir Taman Selayang Makmur  di ibu negara pada Sabtu lepas.

Mangsa ditemukan dalam keadaan tertungkup di tempat duduk belakang kereta terbabit kira-kira pukul 8.20 malam. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini