Perkahwinan usia muda - Utusan Malaysia

Perkahwinan usia muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, APABILA membicarakan tentang perkahwinan, semua menganggapnya indah belaka tetapi sedarkah mereka dalam perkahwinan ada pasang dan surutnya. ‘Mendirikan masjid’ itu bukanlah semudah disangka, banyak faktor perlu difikirkan termasuk dari segi kewangan serta persiapan terutamanya bagi yang ingin berkahwin pada usia muda.

Perkahwinan pada usia muda bagaikan sudah menjadi kebiasaan di negara kita. Trend ini banyak berlaku dalam kalangan orang Melayu berbanding dua etnik utama lain.

Persoalannya, adakah sesuai pada peringkat usia muda atau dalam umur belasan tahun untuk mendirikan rumah tangga? Adakah mereka sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami isteri serta ibu bapa apabila dikurniakan anak kelak?

Terdapat dalam kalangan masyarakat kita yang memandang serong dan ambil mudah dengan perkahwinan di usia muda. Apa yang paling menyedihkan, terdapat kajian dijalankan menunjukkan perkahwinan di usia muda adalah untuk membelenggu nafsu semata-mata.

Di samping itu, ada juga sesetengah masyarakat yang mengatakan perkahwinan di usia muda bertujuan menutup aib atas dasar keterlanjuran. Oleh itu, kita harus mengubah perspektif atau pandangan negatif masyarakat terhadap perkahwinan di usia muda.

Sebenarnya, mengikut anjuran Islam perkahwinan ini sangat mudah. Seperti yang kita sedia tahu, Islam tidak meletakkan syarat membebankan umatnya. Apa yang paling penting adalah sunah dalam pernikahan dan diri itu sendiri terpelihara daripada perkara merosakkan.

NORLI MARLINA MAMAT

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN