KUALA LUMPUR 5 Jun – Kerajaan digesa memperjelaskan kepada rakyat tentang isu pelantikan Peguam Negara kerana konflik tersebut turut melibatkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. Presiden Pertubuhan Ikatan Dergahayu Menjunjung Dulu (IDMD), Baharin Mohd. Tahir berkata, rakyat berhak tahu isu tersebut kerana perkara yang berlaku menjejaskan imej Majlis Raja-Raja dan kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan itu sendiri. “Rakyat ingin tahu apa yang berlaku kerana isu ini terlalu hangat. Kenapa Perdana…










