SUSUK tubuh yang sering muncul di kaca televisyen untuk mengupas isu-isu dakwah ini terutama hal berkaitan wanita bukan asing lagi. Kelembutan suaranya yang bersiaran di corong radio IKIM.FM setiap pagi Jumaat membuatkan pendengarnya sentiasa ternanti-nantikan segmen beliau ke udara. Bahkan, program ceramah beliau di masjid-masjid tertentu lazimnya dibanjiri oleh para muslimat yang dahagakan nasihat dan tunjuk ajar daripada pendakwah kelahiran Kampung Kuala Jempol, Bahau, Negeri Sembilan ini. Kepetahan Ustazah Datuk Norhafizah Musa, 43, berceramah memang diakui sentiasa ‘memukau’ telinga dan ‘menjentik’ hati para muslimat khususnya untuk terus istiqamah menadah ilmu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya