LABIS 13 Jun – Pada mulanya hanya ingin membantu rakan-rakan dan penduduk kampung. Namun kini, hasrat murni seorang pesara, Zahari Othman, 59, yang menetap di Kampung Juaseh, Pekan Air Panas, dekat sini mendapatkan periuk kera yang semakin sukar didapati sambil mengisi masa terluang mampu memberi pendapatan lumayan kepadanya. Walaupun pada awalnya, Zahari yang bersara kira-kira lima tahun lalu hanya mengambil beberapa ribu periuk kera dari Chini, Pahang setiap kali menjelang…










