Peristiwa bersejarah wanita Arab Saudi - Utusan Malaysia

Peristiwa bersejarah wanita Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH 24 Jun – Larangan memandu terhadap golongan wanita Arab Saudi ditamatkan secara rasminya bermula hari ini.

Langkah berkenaan disifatkan sebagai satu pembaharuan bersejarah bagi golongan wanita yang selama ini terpaksa bergantung kepada saudara-mara lelaki atau pemandu peribadi untuk berge­rak ke mana-mana sahaja.

Selain itu, langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha Putera Mahkota, Mohammed bin Salman Abdulaziz Al Saud untuk memodenkan Arab Saudi.

Golongan wanita di Riyadh serta beberapa bandar lain mula membanjiri jalan raya sebaik sahaja larangan itu ditamatkan menjelang tengah malam semalam.

“Saya selalu tahu hari seperti ini akan hadir. Tetapi perkara itu hadir terlalu pantas dan secara tiba-tiba,” kata pengacara ranca­ngan bual bicara dan penulis, Samar Almogren ketika memandu di sekitar Riyadh.

Sementara itu, menurut pe­nyampai berita televisyen, Sabika al-Dosari, penamatan larangan berkenaan merupakan ‘peristiwa bersejarah untuk setiap wanita Arab Saudi’.

Dalam pada itu, firma konsultan, PricewaterhouseCoopers menjelaskan, seramai tiga juta wanita di Arab Saudi bakal mene­rima lesen memandu dan aktif memandu menjelang 2020.

Sebilangan kecil sekolah memandu untuk wanita turut diba­ngunkan di beberapa bandar sejak kerajaan Arab Saudi meng­umumkan untuk menamatkan larangan memandu kepada golo­ngan terbabit. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN