Perdana Menteri terima kunjungan MB Kelantan - Utusan Malaysia

Perdana Menteri terima kunjungan MB Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menerima kunjungan daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Beberapa keping gambar mengenai kunjungan tersebut telah disiarkan menerusi laman media sosial rasmi Perdana Menteri yang turut menunjukkan Ahmad Yakob menyampaikan cenderahati kepada Dr. Mahathir pada pertemuan itu.

Ahmad merupakan Pesuruhjaya Pas Kelantan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pekan, dilantik sebagai Menteri Besar selepas menggantikan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sementara Mohd. Amar merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Pas mengekalkan kerajaan negeri selepas menang lebih 25 kerusi DUN yang diperlukan untuk mencapai majoriti mudah dan di peringkat Parlimen, Pas menang sembilan kerusi, manakala Barisan Nasional (BN) kekal di lima kerusi.

Pada 4 Jun lalu,  Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Menteri Besar Terengganu, Dr. Samsuri Mokhtar dan veteran Pas, Datuk Mustafar Ali mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri.

Pertemuan tersebut adalah yang pertama dilakukan selepas Pakatan Harapan berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke -14 pada 9 Mei lalu dan membentuk kerajaan Persekutuan sementara Pas berjaya menubuhkan kerajaan negeri di Kelantan dan Terengganu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini