MADRID – Parlimen Sepanyol semalam menggulingkan Perdana Menteri, Mariano Rajoy dalam undi tidak percaya yang didorong oleh kemarahan rakyat terhadap gejala rasuah yang membelenggu parti pemerintah pimpinan beliau. Pengunduran Rajoy membuka laluan kepada seterunya, Pedro Sanchez daripada Parti Pekerja Sosialis untuk menjadi Perdana Menteri Sepanyol yang baharu. Seramai 180 ahli Parlimen menyokong undi tidak percaya terhadap Rajoy sekali gus majoriti mutlak, menjadikan beliau Perdana Menteri pertama yang digulingkan sejak peralihan…









