Perbelanjaan Agong diteliti - Utusan Malaysia

Perbelanjaan Agong diteliti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan menyia­sat dakwaan kira-kira RM257 juta digunakan untuk perbelanjaan hidup dan peribadi Sultan Muhammad V dalam tempoh 16 bulan sejak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong.

“Saya tak tengok artikel itu, saya dengar orang cerita sahaja.

“Dia (Kadir) kata, tapi saya nak kena tengok betul atau tidak perbelanjaan untuk berapa tahun? Setahun ke, 10 tahun ke saya tak tahu. Saya kaji, tengok. Saya maklumkan nanti,” kata Perdana Menteri pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyua­rat Kabinet di Perdana Putra di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam, Datuk A Kadir Jasin yang merupakan ahli Jawatankuasa Pembaharuan Institusi di bawah Majlis Penasihat Kerajaan, menerusi catatan dalam blog peribadi­nya berkata, purata RM16 juta sebulan dibelanjakan oleh Sultan Muhammad V.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini