SAUDARA PENGARANG, SAYA dapati perpustakaan desa kini lebih banyak menyimpan buku-buku lama. Sudah tiba masanya pihak berwajib memperbanyakkan lagi buku-buku baharu bagi membolehkan pelajar desa mendapat ilmu pengetahuan terkini. Memang buku-buku baharu banyak terdapat di kedai-kedai buku tetapi jangan kita lupa bahawa ada dalam kalangan pelajar yang tidak mampu membeli buku-buku tersebut. Malah, ada juga pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman dan sukar untuk pergi ke bandar membeli buku-buku baharu.…










