Perancis, Denmark sama-sama handal - Utusan Malaysia

Perancis, Denmark sama-sama handal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AKSI terakhir Kumpulan A melibatkan perlawanan antara Denmark menentang Perancis di Stadium Luzhniki semalam disifatkan begitu hambar apabila terikat seri tanpa jaringan meskipun kedua-dua negara terbabit berjaya melangkah ke peringkat kalah mati pada Piala Dunia 2018.

Pada aksi tersebut, Perancis mendominasi permainan separuh masa pertama, namun gagal melakukan cubaan berbahaya ke gawang Denmark bahkan gandingan jentera serangan antara Antoine Griezmann dan Olivier Giroud langsung buntu mengatur gerakan ke kubu lawan. Denmark pula hanya berjaya melakukan satu tendangan tepat ke arah gol pada penghujung separuh masa pertama.

Perancis yang sudah layak ke peringkat kalah mati hanya memerlukan satu mata untuk mengesahkan mereka sebagai juara Kumpulan C, manakala Denmark mahu meraih satu mata bagi melayakkan mereka ke peringkat seterusnya sambil berharap Australia tewas dalam aksi terakhir kumpulan terbabit. Peru pula sememangnya sudah tersingkir awal daripada saingan Piala Dunia 2018.

Memuatkan artikel berkaitan…

Situasi mungkin berubah cemas buat Denmark sekiranya Australia berjaya menewaskan Peru, bagaimanapun perkara sebaliknya berlaku apabila skuad The Socceroos tewas kepada pasukan dengan jolokan La Blanquirroja 0-2 dalam aksi di Stadium Fisht, Sochi, sekali gus menyaksikan kedua-dua negara terbabit terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Rusia.

Sementara itu, jaringan pertama Peru di pentas Piala Dunia kali ini hadir pada minit ke-18 menerusi rembatan kencang penyerangnya, Andre Carrillo, manakala gol kedua berjaya disumbat oleh kapten pasukan, Paolo Guerrero (m-50) sekali gus menamatkan kemarau kemenangan 40 tahun negara itu di pentas Piala Dunia sejak 1978.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini