KAZAN – Kemenangan 2-1 ke atas Australia pada aksi Kumpulan C Piala Dunia 2018 di Kazan Arena kelmarin masih belum cukup untuk memuaskan hati jurulatih Perancis, Didier Deschamps. Beliau mengakui anak-anak buahnya harus menampilkan aksi lebih baik, lebih-lebih lagi apabila mereka memenangi perlawanan tersebut menerusi teknologi bantuan pengadil. Walaupun belum berpuas hati dengan aksi keseluruhan yang ditampilkan, namun Deschamps tetap gembira apabila mereka berjaya meraih tiga mata pada perlawanan pertama tersebut. “Ia bukannya satu perlawanan yang mudah bagi kami. Bagaimanapun, memenangi perlawanan pertama pada Piala Dunia merupakan sesuatu yang berharga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya