Peralihan kuasa FAS bulan depan - Utusan Malaysia

Peralihan kuasa FAS bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DATUK Seri Subahan Kamal memberitahu, peralihan kuasa Presiden Persa­tuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang menyaksikan calon pilihan merangkap Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai penggantinya akan diketahui selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) persatuan ber­ke­naan pada 3 Julai depan.

Katanya, EGM berkenaan adalah prosedur biasa bagi memilih Presiden FAS sebagaimana be­liau mengesahkan akan melepaskan jawatan tertinggi badan induk persatuan tersebut.

Antara faktor Subahan melepaskan jawatan Presiden FAS adalah kekangan banyak jawatan disandangnya termasuk Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Seperti yang saya sudah maklumkan sebelum ini, proses untuk melakukan peralihan kuasa iaitu menukar Presiden FAS akan dilakukan secara teratur dan EGM dijangka berlangsung pada 3 Julai depan.

“Sudah tiba masanya saya melepaskan jawatan Presiden FAS kepada Tengku Amir memandangkan saya yakin baginda adalah calon paling layak me­ne­rajui FAS.

“Saya memiliki banyak komitmen termasuk di dalam sukan hoki. Saya juga sudah maklumkan kepada Setiausaha Agung FAS, Rosman Ibrahim untuk buat urusan rasmi bagi me­ngadakan EGM yang mana kami hanya akan putuskan untuk memilih Presiden FAS baharu nanti.

“Saya juga telah memaklumkan perkara ini kepada Tengku Amir dan saya fikir baginda telah bersedia untuk menjadi Presiden baharu FAS,” katanya selepas mesyuarat Exco FAS di Kelana Jaya semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Subahan bersedia berundur daripada kerusi panas tersebut ekoran kekangan komitmen selain berdepan masalah kewa­ngan untuk menghadapi Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Subahan telah diberikan mandat menjadi Presi­den FAS pada Februari lalu bagi penggal 2017-2021.

“Saya fikir insya-Allah Tengku Amir akan terima dan kami memang berharap baginda akan terima. Ini kerana kami sedar Tengku Amir mampu untuk memacu FAS dan pasukan Se­langor ke arah lebih baik dan memajukan bola sepak Selangor.

“Saya tak boleh komen (apa yang RMS perlu lakukan pada permulaan) kerana lain presiden lain caranya tetapi kami percaya terhadap kemampuan RMS,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN