IPOH – Perak kembali menduduki tangga kedua saingan Liga Super selepas berjaya membenam Negeri Sembilan 2-0 di Stadium Perak di sini sebentar tadi. Skuad The Bos Gaurus bermula garang pada babak pertama sebelum penyerang Perak, Wander Luiz berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-27. Jaringan tersebut bagaimanapun dibatalkan oleh pengadil perlawanan, Fitri Maskon selepas pemain tersebut berada pada posisi offsaid di dalam kotak penalti Negeri Sembilan. Lima minit kemudian, pemain…