SHAH ALAM – Penurunan 30 peratus kemasukan pelajar ke pelbagai institusi kemahiran dalam tempoh dua tahun lepas dikhuatiri bakal mengakibatkan berlaku lambakan tenaga kerja berpendapatan rendah pada masa depan. Menteri Tenaga Manusia, M. Kulasegaran berkata, perkara itu amat membimbangkan kerana jika berterusan ia boleh merencatkan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai negara berkemahiran tinggi. Beliau berkata, walaupun negara mempunyai banyak kolej yang mengajar Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET), namun kekangan kewangan dipercayai antara punca penurunan jumlah kemasukan pelajar ke institusi terlibat. “Penurunan kemasukan pelajar itu perlu diteliti dan saya akan bangkitkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya