Penunggang motosikal maut dilanggar Perodua Kancil - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut dilanggar Perodua Kancil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEAUFORT- Seorang penunggang maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 34, Jalan Beaufort-Menumbok di Kampung Kerukan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mangsa, Junaidi Sadilah, 38, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah pada bahagian kepala dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd. Razak berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas kereta jenis Perodua Kancil membelok masuk simpang kanan lalu melanggar motosikal mangsa yang datang dari arah belakang.

“Susulan kemalangan itu, mangsa tercampak ke dalam longkang di sebelah kanan jalan dan maut di lokasi.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian mangsa yang cuba memotong kenderaan terbabit di garisan berkembar,” katanya hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN