BEAUFORT- Seorang penunggang maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 34, Jalan Beaufort-Menumbok di Kampung Kerukan di sini hari ini. Mangsa, Junaidi Sadilah, 38, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah pada bahagian kepala dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd. Razak berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas kereta jenis Perodua Kancil membelok masuk simpang kanan…










