KUALA LUMPUR 21 Jun – Seorang warga emas maut selepas motosikal ditungganginya dilanggar sebuah motosikal lain dalam kemalangan di Lebuhraya Pantai Baharu (NPE), di sini hari ini. Mangsa, Hoi Choy, 65, maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah akibat terbabas di pembahagi jalan. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, mangsa menunggang motosikal jenis Honda Ex-5 yang menghala ke arah Bangsar dilanggar…










