Penstrukturan semula
perlu dilakukan dalam UMNO - Utusan Malaysia

Penstrukturan semula
perlu dilakukan dalam UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan pendiriannya bertanding bagi jawatan tersebut adalah untuk memberi ruang kepada ahli-ahli parti membuat pilihan bagi menentukan hala tuju baharu UMNO.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, keputusan yang diambil itu adalah setelah memikirkan masa depan dan survival UMNO pada masa hadapan.

“Saya mahu bersama-sama dengan rakan seperjuangan dalam parti untuk mengembalikan roh UMNO iaitu sebagai sebuah parti yang inklusif dengan menunjukkan keterangkuman besar kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Dalam pada itu juga, jasad yang baharu harus diwujudkan dengan melakukan penstrukturan semula parti untuk memastikan semangat keterbukaan dalam semua aspek dapat dikembalikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN