Penjawat awam di Kedah dapat bantuan khas raya RM400 - Utusan Malaysia

Penjawat awam di Kedah dapat bantuan khas raya RM400

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Penjawat awam di negeri ini yang bergred 41 ke bawah akan menerima bantuan khas raya sebanyak RM400 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) mempertimbangkan jumlah bantuan khas raya itu dengan mencontohi keputusan kerajaan Persekutuan.

“Saya tahu jumlah bantuan tersebut mungkin tidak sebanyak tahun sebelum ini tetapi dalam keadaan kerajaan negeri yang kekurangan dana maka kita perlu berbelanja secara berhemah,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 96 pelajar kurang berkemampuan pada program Jom Adik Shoping Raya yang dianjurkan oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) di pasar raya Mydin, Alor Mengkudu di sini hari ini. 

Difahamkan jumlah kakitangan awam di negeri ini ialah seramai kira-kira 5,000 orang.

Bagaimanapun, Mukhriz yang juga Pengerusi MBI tidak menyatakan tarikh pembayaran bantuan khas raya itu. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini