ALOR SETAR – Hasrat seorang lelaki untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan menjual bunga api dan mercun seludup menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak kesampaian apabila dia ditahan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) hari ini. Lelaki tempatan berusia lingkungan awal 30an dan merupakan seorang peniaga itu ditahan dalam serbuan di rumah sewanya di Kampung Tanah Merah, Pendang dekat sini kira-kira pukul 11 pagi tadi. Komander Aksem negeri, Abdul Latif Abd.…










