Pengurusan sistem trafik baharu di Kesas - Utusan Malaysia

Pengurusan sistem trafik baharu di Kesas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Jun – Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bersama Pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia dan KESAS Sdn. Bhd. (Kesas) akan melakukan sistem pengurusan trafik di persimpangan Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya, Selangor bermula Sabtu ini.

NOTIS pemberitahuan pengurusan trafik yang baharu, di sini baru-baru ini. – Gambar: UTUSAN

Timbalan Pengarah Korporat MPSJ. Azfarizal Abdul Rashid berkata, pelaksanaan sistem baharu itu melibatkan beberapa penutupan laluan utama penduduk di sekitar kawasan berkenaan.

“Antaranya penutupan satu lorong (perlahan) di Persiaran Kewajipan (di atas jambatan Persiaran Kewajipan dengan Lebuhraya Shah Alam) arah Subang Jaya.

“Kedua adalah penutupan pusingan ke kanan (di atas jambatan Persiaran Kewajipan dengan Lebuhraya Shah Alam) arah Kuala Lumpur.

“Dan penutupan pusingan U di persimpangan lampu isyarat di Persiaran Kewajipan dengan Persiaran Murni,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Menurutnya, pengguna jalan raya harus mematuhi papan tanda lalu lintas yang diletakkan di kawasan berkenaan untuk kelancaran trafik dalam menggunakan sistem baharu ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN