Penguat kuasa MPK hanya jalankan tugas - Utusan Malaysia

Penguat kuasa MPK hanya jalankan tugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 11 Jun – Pegawai penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang diserang oleh dua peniaga Bazar Aidilfitri Jalan Taiping di sini kelmarin tidak akan dikenakan tindakan undang-undang.

Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, dalam kes tersebut pegawai penguat kuasa itu hanya menjalankan tugas, namun peniaga terbabit tidak memberikan kerjasama dan menghalang kakitangannya menjalankan tugas.

“Kita tidak nampak sebarang kesalahan cuma dilihat provokasi melampau daripada peniaga tersebut. Bagaimanapun, MPK akan memanggil pegawai terbabit untuk meminta penjelasan sebenar berhubung insiden berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Peniaga terbabit juga turut melakukan kesalahan kerana menjual air dalam balang kerana kita hanya membenarkan barangan kering sahaja seperti pakaian, aksesori dan minuman dalam tin sahaja.

“Oleh demikian, kita menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Dewan Mesyuarat Raja Mahadi di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini