KUALA LUMPUR, 28 Jun – Arahan pengisytiharan harta ke atas semua anggota pentadbiran kerajaan termasuk menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik, oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat sebagai petunjuk ketelusan kepimpinan kerajaan. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata langkah itu juga penting bagi memastikan anggota politik tidak terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. “Sebenarnya, cadangan untuk pengisytiharan harta telah…










