Pengerusi dan COO SKMM letak jawatan - Utusan Malaysia

Pengerusi dan COO SKMM letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 28 Jun – Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Tan Sri Dr. Halim Shafie dan Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Dr. Mazlan Ismail serta dua lagi pegawai tertinggi suruhanjaya itu telah meletakkan jawatan pada Isnin lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang mengesahkan perkara itu berkata, surat perletakan jawatan mereka telah diterima dan akan mengulas lanjut mengenainya dalam satu kenyataan rasmi esok.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka kementeriannya di Dataran Gemilang, dekat sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Gobind memberitahu, Syarikat Aset Kayamas Sdn. Bhd. bersetuju untuk menaja siaran langsung perlawanan akhir Piala Dunia 2018 menerusi RTM dengan jumlah tajaan sebanyak RM1.2 juta. 

Gobind seterusnya berkata, satu jawatankuasa mengkaji cadangan menggabungkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) akan ditubuhkan. -UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini