Pengarah syarikat direman bantu siasatan seleweng tenaga solar - Utusan Malaysia

Pengarah syarikat direman bantu siasatan seleweng tenaga solar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Seorang lagi pengarah syarikat direman di Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan projek membekal dan memasang panel tenaga solar kepada 369 buah sekolah di Sawarak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Majistret Shah Wira Abdul Halim memerintahkan individu berkenaan direman selama lima hari bermula hari ini hingga 3 Julai bagi membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009 kerana kesalahan meminta rasuah.

Lelaki yang berbaju lokap SPRM itu tiba di mahkamah pada pukul 9.20 pagi dengan tangan bergari.

Terdahulu, individu berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira pukul 7.45 malam selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM semalam.

Menurut sumber, pengarah syarikat tersebut merupakan individu ketiga yang ditahan berhubung kes berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN