LANGKAWI – Pengwujudan penerbangan terus dari beberapa destinasi di Indonesia ke Langkawi dapat meningkatkan lagi jumlah pelancong dari negara itu ke pusat peranginan berkenaan, kata Konsul-Jeneral Indonesia di Pulau Pinang, Iwanshah Wibisono di sini. Katanya, minat dalam kalangan pelancong Indonesia untuk melawat pulau ini semakin meningkat dari setahun ke setahun berikutan promosi yang menarik dibuat tentang keunikan Langkawi. Setakat ini, penerbangan terus dari Indonesia hanya melibatkan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang…










