Penempatan tentera ditarik balik - Utusan Malaysia

Penempatan tentera ditarik balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Jun – Kementerian Pertahanan akan menarik balik penempatan tentera Malaysia di Arab Saudi dalam tempoh yang akan diputuskan kemudian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menterinya, Mohamad Sabu berkata, keputusan itu dibuat sebagai langkah bagi mengelakkan pembabitan Malaysia dalam pe­perangan antara Arab Saudi dan Yemen sebelum ini.

“Pendirian Malaysia adalah mengamalkan dasar berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana ideologi politik di dunia termasuk dalam usaha mengekalkan hubungan dengan negara lain di Asia Barat.

“Kita telah membuat keputusan minggu lepas dan akan berbincang dengan Menteri Luar apabila kita mahu membawa mereka kembali,” katanya menerusi laporan yang dipetik daripada portal FMT di sini hari ini.

Sebelum ini, badan hak asasi manusia, Lawyers for Liberty, melahirkan kebimbangan dengan pembabitan tentera Malaysia dalam peperangan pakatan negara Arab pimpinan Arab Saudi terhadap Yemen yang bermula pada tahun 2015

Pengarah Eksekutifnya, Eric Paulsen, menggesa Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, menjelaskan kehadiran tentera Malaysia di Riyadh dan penyertaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam perang di Yemen.

Malah Mohamad dalam kenya­taannya pada 20 Jun lalu telah memutuskan untuk menilai semula kedudukan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Arab Saudi yang diputuskan oleh kerajaan terdahulu.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, kehadiran anggota tentera Malaysia di Arab Saudi akan menyebabkan Malaysia terperangkap dalam konflik tersebut secara tidak langsung .

“Kementerian Pertahanan akan menilai semula kedudukan tentera Malaysia di negara terbabit,” jelas beliau.

sebagai tanda sokongan beliau terhadap usaha mengangkat kepentingan mematuhi Perlembagaan Persekutuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN