Penempatan pasukan ATM di Arab Saudi dinilai semula  - Utusan Malaysia

Penempatan pasukan ATM di Arab Saudi dinilai semula 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang menilai semula keputusan kerajaan terdahulu yang menempatkan satu pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Arab Saudi bagi tujuan siap siaga untuk evakuasi rakyat Malaysia di Yemen.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, Malaysia sama sekali tidak pernah terlibat dalam operasi menyerang Yemen yang merupakan sebuah negara Islam.

Beliau berkata, kehadiran ATM di negara berkenaan secara tidak langsung menyebabkan Malaysia terperangkap dengan konflik di Asia Barat.

“Sejak dari awal, Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan dasar berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana ideologi politik kuasa-kuasa besar dunia.

Malahan kerajaan Malaysia terlibat secara aktif dalam Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan pernah mempengerusikannya,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Mohamad berkata, kerajaan akan membuat keputusan dalam masa terdekat berhubung perkara berkenaan selepas penilaian semula selesai dijalankan. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN